Sabtu ni buat pertama kalinya skunkfix akan bermain di singapura.
Sudah genap 8 tahun kami bersama dan genap 8 tahun juga kami 'Struggle' untuk sampai ke tahap ni.Dari gig yg keseluruhanya dalam negara hingga lah ke luar negara,
Walaupun bagi orang benda ni remeh-temeh, Bagi kami benda ni merupakan sesuatu yang indah. Benda indah yang bukan senang untuk dicapai dan yang kau idamkan hasil dari usaha dan karya kau sendiri.
Yer lah, Kami 'Struggle' lebih dari 5 tahun baru dapat main gig. Itupun dah keluar 2 demo baru lah dapat peluang main gig.
Sekarang ni pulak, Dalam
'Scene' (Yang Bagi Aku Sudah Rosak), Ramai umat yang dah ader band, Main gig pun senang, Tak payah nak rilis pun dah boleh main.
Gig pun dah bersepah, Tak perlu nak usaha teruk- teruk, Bertukus-lumus nak riliskan demo untuk memuaskan hati pendengar seperti Stick No Bill, The Liberals, Straw O, Carbon 4Teen yang amik masa yang lama untuk sampai ke tahap ni. Dah perah titik peluh bertahun-tahun, Habis duit sana sini, Baru lah orang kenal. Itupun ada orang yang sedar tak sedar wujudnya band-band ni.
Bukan nak complain, Perli atau men'condemn' manusia-manusia dalam
'Scene' ni. Tapi itu semua fakta yang korang boleh lihat dengan mata korang sendiri.
Hinggakan kami terasa nak give up dan lepaskan semua dan berhenti terus dari berkarya, Tapi untuk apa kan ?
Dah separuh jalan.
'Alang-alang peluk perkasam, Biar sampai ke hujung bulan'. Tak nak lah buang benda yang kami dah berusaha lama, Kami pun dah cukup bangga dengan tahap kami sekarang.
Tapi Secara jujurnya, Kami amat merindui generasi lepas. Generasi yang bagi kami takkan ada lagi sampai bila-bila, Generasi yang dikatakan
'It's All About Punks'.
Well, People keeps changing and is all about breaking the border. So, Why don't we !
Pecahkan sempadan-sempadan yang menjadi had kepada punkers-punkers.
And We Says Hello to Screeching Weasel, The Queers, Good Riddance, Gorilla Biscuit, No Fun At All, Watch us dude !! Pasang angan dulu, Tanpa angan takkan berjaya. Apa-apa pun, Kami akan menjanjikan yang terbaik dimana-mana jer tempat yang kami jejaki.
Singapore !!! Here We Come !!!
Biar Peluru Menembus Kulit Kami,
Kami Tetap Menendang Menerajang,
Luka Dan Bisa Kami Bawa Berlari,
Hingga Hilang Pedih Peri,
Dan Kami Akan Lebih Tidak Peduli,
Kami Mahu Terus Berjuang Dan Hidup Seribu Tahun Lagi.P/s: Ida, Thanks For The Cupcakes. Mama Cakap Sedap. hehehe