Thursday, August 20, 2009

Our Dying Dream

Ada this one time ni aku tido, Tgh syok nyenyak tido aku didatangi oleh mimpi yang aku mati.. Apa yang aku ingat aku mati betul-betul sebelah gadis (Taktau sapa lah kan). Aku masih ingat yang dalam mimpi tu merupakan last day aku untuk hidup. Yang si gadis ni plak dok nangis-nangis sampai berjejer lah air mata kat muka aku masa berada di alam mimpi tu.. Aku sempat record beberapa perbualan sebelum aku jatuh 'Kiok', Mujurlah memori di kepala aku ni masih mempunyai beberapa kilobyte yang selama ni penuh dengan bahan bacaan dan banyak mengabaikan persekitaran aku (Malas nak amik port kot.hahaha.!)..

Aku: Asal u nangis.?

Si gadis: Tak nak u pergi..

Aku: I pergi pun sebab dah sampai masa kan.? U kena lah faham..

Si gadis: Tak nak faham.!!

Aku: I pun taknak tinggalkan you, I takut nanti kat dunia tu i sorang-sorang. Tapi sudah sampai masa i pergi. You peluk i please.. Peluk i rapat-rapat dan jgn lepaskan i..

Lepas tu tiba-tiba aku terjatuh (Terbaring lah kira), Dan aku dapat rasakan yang air mata aku kuar tak henti-henti..

Si gadis: Sayang..!!!!!!

Menangis sambil memegang tangan aku dengan erat, Sebenarnya dia jerit bie. Tapi aku ubah skit jer..

Aku: I terpaksa pergi sayang, Maafkan i...

Si gadis: Tak...!!!! Taknak you pergi..! You lah yang segalanya... I taknak orang lain.. I nak you and always you..!!

Aku: Sayang.. (Berbisik) I cinta you, Bila i pergi... I nak u happy dan lupakan i ok sayang..

Si gadis: Jangan..!!! I taknak..!!!

Aku: ...Love u. (Jantung berhenti)

Sambil si gadis memeluk erat aku. Si gadis itu berkatalah

Si gadis: I love you too............

Dan itu jerlah kisahnya. Sedih dengan tak sedih juga ada. Alah, Mimpi lagipun. Aku ader pernah ke borders times square dan terbaca buku pasal tafsiran mimpi.. Masa tu aku bersama nizam dan wan. Kitorang baca lah dan tengok tafsiran pasal mimpi yang melibatkan kematian. Tafsiran itu mengatakan yang hidup ini akan terus naik (Taraf hidup.? Wang.? Saham.?? What the.??) dan akan mencapai keabadian yang kekal.. Tak kan aku immortal kot.? Entahlah.. Tak faham aku.. Yang aku tau si wan dan nizam gelak besar sampai nak pecah gak lah perut dorang.. Pastu dorang tunjuk kat aku yang dalam buku tu ada tafsiran tentang 'Mentimun'. hahahaha..!! Dengan aku sekali join gelak. Apa tu 'mentimun'..? Mungkin sama maksud macam'Melancap' kot tak pun 'Mentoceng'. Aku tak nak tau.

Lepas jer dari mimpi tu aku terus mencipta lagu baru, Dan aku menamakan lagu tu sempena mimpi aku dan ia bertajuk 'Our Dying Dream'. Aku recordkan lagu ni untuk band The Huskies yang akan release lepas raya kot. Korang tunggu dan lihat je ok.. Aku ader record pakai gtar kapuk tapi aku bagi org len dgr dulu. Try cari kat imeem ker apa. Sampai sini je lah kot kisah aku yang agak merepek ni. Mana tau korang pun mimpi benda yang sama kan, Boleh share dengan aku. hehehe. Sharing is caring, Caring is loving. (Btol ker.?? Taram sudah.)

Our Dying Dream
Lirik: Naufael
Music: The Huskies

Please hold me close baby.
And please please don't let me go
I'm scare to be alone.
Now it's my time to go and leave you a thousand of memory.
To always remember me.

Now whisper how you love me.
Say it tender and softly baby.
When i'm gone i hope you'll be happy.

My head is laying, Down on the ground.
I felt that my tears is start to rolling down.
"darling" u cried and you took my hand.
"i have to leave and please understand"

"No" u cried.
"it's always been you, I dont want someone else.
I only want you"
And there's on that bed, Is where u cried.
Hugging your love as i slowly died..

Wednesday, August 19, 2009

Another Sunny Day

Semalam, Masa aku masih berjaga. Tiba-tiba aku teringat cerita 5 tahun lepas yang berlaku kat kawan aku yang bernama 'Kamal' (bukan nama sebenar) tentang penjalanan hidup yang Nampak macam happy tapi perit pun ada. Bermulalah kisahnya pada 29 november 2004. Masa aku tengah berjalan-jalan disekitar rumah aku tiba-tiba aku dapat 1 mesej dari kamal yang mengatakan girlfriend dia dah mengandung. Aku terus tergamam lah tak tahu nak cakap apa sebab bapak terkejut kot aku lepas dapat tahu. Kamal mintak pertolongan dari aku dan minta aku datang ke klinik berdekatan. Aku pun tak fikir panjang, terus bergegas ke klinik tersebut. Mahu makan masa 15min jugak lah nak berjalan ke situ. Pastu aku pun sampai la ke tempat yg ditujui itu dan ternampakla kamal dengan girlfriend dia kat restoran sebelah klinik tu dalam keadaan bingung. Aku pun tanyalah kamal;

Aku: Weii, Apa cerita.?

Kamal: Panjang cerita nyer doh..

Aku: Pendekkan jer lah, Ko crita kat aku part paling saspen..

Kamal: Camni, Gf aku dah mengandung 9 bulan. Lagi 2 Mggu nak transfer

Aku: haaaa..!!! 9 Bulan..!! Giler lah ko ni.. Asal tak nampak besar gf ko ni mal..

Kamal: Itulah yang aku dok terfikir kan tu, Aku ingat 4 bulan lebih jer.. Ni pun nasib baik kantoi dengan mak aku, Kalau tak gf aku nak beranak pun aku taktau fal..


Aku: Camner bleh kantoi ngn mak ko mal..?

Kamal: Aku tgh sembang-sembang ngn gf aku pasal baby ni lah, Gf aku taknak abortion sebab dah syg kat baby ni. Aku pun taknak sebab aku sayang jugak kat baby ni. Dipendekkan crita, Tengah syok-syok terbayang muka baby ni mak aku plak nak pinjam phone hantar mesej katanya.


Aku: Lepas tu.?

Kamal: Mesej gf aku plak masuk dan mak aku terbaca la, Tiba-tiba, plak mak aku sengih sorang-sorang pastu sound aku napa tak gitau awal2. Siap tanya berapa bulan kot kat aku.. Aku men agak jer lah ckp 4 bulan. Lepas tu Plak, Mak aku call bapak aku. Taknak plak mengamuk orang tua tu, terus bergegas balik umah. Giler kot aku time tu sebab fikir muka bapak mak aku yang bapak jahat kalau dah naik angin.


Aku: Ko kena tibai ker.? meremang sial bulu roma aku.. takut pun ader excited pun ader..

Kamal: Apahal ko excited.??

Aku: Yer lah, Tak sabar kot aku nak tgk baby ko.. aku pun jadi uncle lah nanti kan.

Kamal: Aku ingatkan ko nak marah aku. hehehe.. Jap la fal, aku tak abih crita lagi.
Sampai jer bapak aku kat umah trus naik angin. kali nie aku rasa taufan kot. bapak aku terus maki hamun aku.. Dah reda skit baru dia tanya aku samada ayah gf aku dah tau ker blum. Aku pun cakap blum lah.


Aku: Cakaplah ko gie jumpa org tua dia..??? Gore sial..!!

Kamal: Yer lah do kena jumpa org tue dia. Time tu kat otak aku fikir nak lari mana-mana jer kalau boleh. Tapi taknakla kan, Lagipun aku sayang sgt kat gf aku dan itu tanggungjawap aku.. Takkan aku nak lari kan.? Pandai buat pandai lah tanggung.. Disambung nyer, Mak bapak aku pun dah call mak dia. Tapi mak dia kata nak jumpa kat kedai makan area-area
kat rumah dia gak. pergh..! Giler jam otak aku sial. mesti huru hara nyer lah kedai tu nnti. mesti semua org tgk..


Aku: Hahahaha..!! padan muka..!

Kamal: Celaka ko.!! hehehe.. Ko jadi aku tgk.. Baru ko sedar beb.

Aku: Ok ok.. Kasi sambung..

Kamal: Sebelum pergi jumpa orang tue die, Mak bapak aku call gf aku soh dtg umah aku dulu sebab gi check up dulu. Aku pun tggu lah gf aku dalam 1 jam camtu lah. Sampai jer kat umah aku, Mak aku gelak-gelak kan aku ngn dia, taktau kenapa. Yang bapak aku plak taknak tegur aku dah. terus tarik muka. Lepas tu terus bawak gf aku gie klinik. Sampai jer klinik biasala, macam-macam procedure kena ikut.. Pastu sampai jer giliran kitorang, Doctor soh gf aku baring pergh..!! bapak besar sial perut gf aku, napa lah selama nie aku tak perasan. check punya check belek punya belek, Doctor letak cam lotion apatah kat perut gf aku. katannya nak buat sensor.. Sekali usha monitor baby tu dah full form dan sudah 9 bulan pastu kena transfer lagi 2 mggu.. Apalagi, Terduduk lah aku siak..


Aku: Apa perasaan ko time tu mal.?

Kamal: Happy pun ader Takut pun ader Sedih pun ader.. Ntahlah, campur2..

Aku: Ko nak sedih apasal plak.? huhuhu.. baby ko kot..

Kamal: Takder lah.. Aku cuma risau salah sorang pergi forever jer..

Gf Kamal: Ish, Adeke cakap camtu..

Aku: Ntah ko ni.. merepek jer..

Kamal: takder lah, aku sayang kot kat gf aku..

Aku: dah-dah, Dari ko merepek elok ko cerita ngn aku masa jumpa mak bapak dia.

Kamal: Lepas abis check up semua dan print gambar anak aku dari sensor tah apa jadah nama benda alah tu. Kitorang pun chow lah ke tempat gf aku plak. Kitorang sampai dulu.. Selang 10min camtu mak dia dtg. Mak dia kuar jer dari kereta. mmg bapak buragas lah muka, gue Terketar-ketar beb.. Baru mak, Blum bapak lagi. Bapak dia gie kerja kata mak dia.. Fuh..!! lega.. Duduk jer mak dia terus tak order air ker apa terus marah-marah aku ngn gf aku.. Apalagi, Terdiam lah teman sekejap. Orang-orang kat kedai tu pun dah usha len macam.. Lepas tu mak aku kasi lah foto print baby aku yang dah cukup sifat tu. Lepas mak dia tengok.. Kena lagi bom atom ngn mak dia. Aku rasa muka aku naik pucat kot time tu.. Tapi alhamdulillah semua dah settle, Cume nak kena ngadap bpk dia plak, risau kena pancung jer. hahaha..! Mula-mula rancangan nak bagi baby tu kat orang, Tapi aku ngn gf aku bangkang. Gf aku nngis kot. Last-last, Adjust pun adjust. Aku ngn gf aku dapat jagaan penuh cuma kena kahwin lah.


Aku: Takkan lah bapak dia nak pancung ko kot. Benda dah terjadi, Nak wat camner kan..? tapi aku rasa semua pun ok pasni.. Apa Plan ko lepas ni.?

Kamal: Aku nak bersama ngn gf aku 2mggu ni. Nak happy ngn gf aku. mungkin kitorang nak berdua dulu dan taknak gtau sesapa wat sementara ni.. Ko sorang jer yang tau. Dan maybe kawen kot..hehehe

Aku: Wah... Bangga aku jdi org pertama yang tau..hehehe.. apa2 pun aku nak korang happy ok..hehehe.. syukur bro ko dah ader anak.. murah rezeki ko nanti..hehehe.. Kawen cepat-cepat

Kamal: Thanks lah fal sebab support aku..

Lepas tu kitorang lepak lah untuk 2,3 jam seterusnya..


Lepas jer 2 minggu gf kamal pun melahirkan seorang puteri yang sangat comel.. Aku tengok lah Kamal dukung puteri dia, Awww.... So Sweet.. hehehe.. Sambil-sambil gf dia dalam bilik pembedahan sebelum puterinya dilahirkan aku lah yang teman dia kat luar, Dah macam org tak betol pun ader.. Takut katanya. huhuhu.. Apa2 pun aku bersyukur semua pun selamat.. 3 hari berturut kamal teman gf dia kat klinik. and there live happily ever after..hahahaha... Macam dalam movie pulak.

Pada pendapat aku kamal adalah seorang yang bertanggungjawap dan penyanyang.. Cuma yang silap kat situ mereka tak kahwin.. Tapi nak buat camner kan.. benda pun dah terjadi. hehehe.. Itu jer lah aku nak cerita dan cerita aku buat masa ni. Hahaha.! Lepas teringat tu aku pun tido nyenyak balik dan terlajak sampai ke tgh hari..

Sunday, June 14, 2009

If The Kids Are United, They Will Never Be Divided








Ni first time hari sabtu yang kitorang gather ramai-ramai, Semua pun ada setelah seminggu penat berkerja dan takder masa dengan kawan-kawan dan inilah peluangnya untuk bersama semula beramai-ramai. Ada gak yang bawak deck, Masa ni jugaklah aku dgn kawan-kawan lenjan main skate habis-habisan. Yang kacau bebudak shuffler yang sedang bertanding pun ada. Sampai ke malam gak la kitorang lepak Tak habis kat situ jer, Dgn keadaan semua yang keletihan, Bleh bantai jam session ramai-ramai lagi tu.

Setelah semua pun dah muntah darah jamming bersama sampai naik muak tengok instrument, Ada plak sesi melepak sampai subuh. Memang kental la org cakap. Dengan melayan karenah si apiz 'The Whatever' Sasuke yang agak SUPERB ACTIVE haritu, Memang muntah darah gelak la tengok dia. Pas abis melepak semua naik ke studio jamming sepam dua sampai letih pastu kitorang pun tidur berpelukan ramai-ramai (Awwwww, So sweettt. Pukul 5 pagi plak aku dikejutkan dengan berita buruk dari adik aku, Naik bulu roma aku ketakutan tapi tak mustahil jugak sebab family aku memang dah porak poranda masa aku jatuh sakit lagi. Aku ingat semua pun dah ok lepas tu, Last-last terjadi juga. Trus hilang mood aku memikirkan apa akan terjadi nanti.

Itu je lah untuk hari ni, Takder yang menarik pun. Cuma yang menarik adalah bila bersama dgn teman-teman main skate dan show sesama. Majoritinya adalah jantan (Naik mual aku hahaha).

So, Sampai sini jer la. Sabtu ni kitorang akan ke negara temasik beramai-ramai. Aku ingat nak buat video untuk santapan bloggers semua. Sebab yang pasti, Mesti keadaan riuh dan meriah.





P/S: The Sweetest Things In My LIfe That Ever Happen Is Been With My Love. I Love You Yang.

Friday, June 5, 2009

Sunday, January 4, 2009

It's All Up To You

Some people might say life sucks
or life is full of shit
While other people say life is beautiful
or life is full of surprises
I must say, I agree with all those
Life is whatever you think of it..and everything you think of it
Life is what you make it of it and what you say of it.



Life is about sadness, Life is about happiness
Life is about pain, Life is miserable
Life is about loss, Life is about smiling
Life is about crying, Life is about love
Life is about laughter, Life is about learning from your mistakes
Life is horrible, Life is dumb
Life is awesome, Life is depression
Life is tears, Life is sorrow
Life is anxiety, Life is Bullshit
Life stinks, Life sucks


I could go on and on and tell you all about life
But I'm not here to sort this out for you
cuz..
Life is all about you and how you treat it
You criticizes it...well, you're actually criticizing yourself
You like it, you hate it..well, its all up to you
Life is you so be careful how you describe it.

P/s: Well, I'm not that strong, But i wish i'll be better and better everyday and i hope that my will stronger than my mind. The promise that to be kept.

Thursday, January 1, 2009

Chasing Rainbows 2

Angan-angan tinggal kenangan.

Tuesday, December 9, 2008

Chasing Rainbows




Sabtu ni buat pertama kalinya skunkfix akan bermain di singapura.
Sudah genap 8 tahun kami bersama dan genap 8 tahun juga kami 'Struggle' untuk sampai ke tahap ni.Dari gig yg keseluruhanya dalam negara hingga lah ke luar negara,
Walaupun bagi orang benda ni remeh-temeh, Bagi kami benda ni merupakan sesuatu yang indah. Benda indah yang bukan senang untuk dicapai dan yang kau idamkan hasil dari usaha dan karya kau sendiri.
Yer lah, Kami 'Struggle' lebih dari 5 tahun baru dapat main gig. Itupun dah keluar 2 demo baru lah dapat peluang main gig.

Sekarang ni pulak, Dalam 'Scene' (Yang Bagi Aku Sudah Rosak), Ramai umat yang dah ader band, Main gig pun senang, Tak payah nak rilis pun dah boleh main.
Gig pun dah bersepah, Tak perlu nak usaha teruk- teruk, Bertukus-lumus nak riliskan demo untuk memuaskan hati pendengar seperti Stick No Bill, The Liberals, Straw O, Carbon 4Teen yang amik masa yang lama untuk sampai ke tahap ni. Dah perah titik peluh bertahun-tahun, Habis duit sana sini, Baru lah orang kenal. Itupun ada orang yang sedar tak sedar wujudnya band-band ni.

Bukan nak complain, Perli atau men'condemn' manusia-manusia dalam 'Scene' ni. Tapi itu semua fakta yang korang boleh lihat dengan mata korang sendiri.
Hinggakan kami terasa nak give up dan lepaskan semua dan berhenti terus dari berkarya, Tapi untuk apa kan ?
Dah separuh jalan. 'Alang-alang peluk perkasam, Biar sampai ke hujung bulan'. Tak nak lah buang benda yang kami dah berusaha lama, Kami pun dah cukup bangga dengan tahap kami sekarang.

Tapi Secara jujurnya, Kami amat merindui generasi lepas. Generasi yang bagi kami takkan ada lagi sampai bila-bila, Generasi yang dikatakan 'It's All About Punks'.
Well, People keeps changing and is all about breaking the border. So, Why don't we !
Pecahkan sempadan-sempadan yang menjadi had kepada punkers-punkers.

And We Says Hello to Screeching Weasel, The Queers, Good Riddance, Gorilla Biscuit, No Fun At All, Watch us dude !! Pasang angan dulu, Tanpa angan takkan berjaya. Apa-apa pun, Kami akan menjanjikan yang terbaik dimana-mana jer tempat yang kami jejaki.





Singapore !!! Here We Come !!!

Biar Peluru Menembus Kulit Kami,

Kami Tetap Menendang Menerajang,
Luka Dan Bisa Kami Bawa Berlari,
Hingga Hilang Pedih Peri,
Dan Kami Akan Lebih Tidak Peduli,

Kami Mahu Terus Berjuang Dan Hidup Seribu Tahun Lagi.



P/s: Ida, Thanks For The Cupcakes. Mama Cakap Sedap. hehehe

Sunday, November 30, 2008

Intro Lah Kot.

Aku dah lama sebenarnya nak buat blog ni,
tapi disebabkan atas sifat-sifat kemalasan aku yang ultra-malas, aku pun postpone lah bendalah ni.
jadi, kesimpulannya aku sgtla baru dlm bidang blog nie.
diminta tunjuk ajar dari bloggers2 semua.


WELCOME TO THE REALITY