Sunday, June 14, 2009

If The Kids Are United, They Will Never Be Divided








Ni first time hari sabtu yang kitorang gather ramai-ramai, Semua pun ada setelah seminggu penat berkerja dan takder masa dengan kawan-kawan dan inilah peluangnya untuk bersama semula beramai-ramai. Ada gak yang bawak deck, Masa ni jugaklah aku dgn kawan-kawan lenjan main skate habis-habisan. Yang kacau bebudak shuffler yang sedang bertanding pun ada. Sampai ke malam gak la kitorang lepak Tak habis kat situ jer, Dgn keadaan semua yang keletihan, Bleh bantai jam session ramai-ramai lagi tu.

Setelah semua pun dah muntah darah jamming bersama sampai naik muak tengok instrument, Ada plak sesi melepak sampai subuh. Memang kental la org cakap. Dengan melayan karenah si apiz 'The Whatever' Sasuke yang agak SUPERB ACTIVE haritu, Memang muntah darah gelak la tengok dia. Pas abis melepak semua naik ke studio jamming sepam dua sampai letih pastu kitorang pun tidur berpelukan ramai-ramai (Awwwww, So sweettt. Pukul 5 pagi plak aku dikejutkan dengan berita buruk dari adik aku, Naik bulu roma aku ketakutan tapi tak mustahil jugak sebab family aku memang dah porak poranda masa aku jatuh sakit lagi. Aku ingat semua pun dah ok lepas tu, Last-last terjadi juga. Trus hilang mood aku memikirkan apa akan terjadi nanti.

Itu je lah untuk hari ni, Takder yang menarik pun. Cuma yang menarik adalah bila bersama dgn teman-teman main skate dan show sesama. Majoritinya adalah jantan (Naik mual aku hahaha).

So, Sampai sini jer la. Sabtu ni kitorang akan ke negara temasik beramai-ramai. Aku ingat nak buat video untuk santapan bloggers semua. Sebab yang pasti, Mesti keadaan riuh dan meriah.





P/S: The Sweetest Things In My LIfe That Ever Happen Is Been With My Love. I Love You Yang.

Friday, June 5, 2009

Sunday, January 4, 2009

It's All Up To You

Some people might say life sucks
or life is full of shit
While other people say life is beautiful
or life is full of surprises
I must say, I agree with all those
Life is whatever you think of it..and everything you think of it
Life is what you make it of it and what you say of it.



Life is about sadness, Life is about happiness
Life is about pain, Life is miserable
Life is about loss, Life is about smiling
Life is about crying, Life is about love
Life is about laughter, Life is about learning from your mistakes
Life is horrible, Life is dumb
Life is awesome, Life is depression
Life is tears, Life is sorrow
Life is anxiety, Life is Bullshit
Life stinks, Life sucks


I could go on and on and tell you all about life
But I'm not here to sort this out for you
cuz..
Life is all about you and how you treat it
You criticizes it...well, you're actually criticizing yourself
You like it, you hate it..well, its all up to you
Life is you so be careful how you describe it.

P/s: Well, I'm not that strong, But i wish i'll be better and better everyday and i hope that my will stronger than my mind. The promise that to be kept.

Thursday, January 1, 2009

Chasing Rainbows 2

Angan-angan tinggal kenangan.

Tuesday, December 9, 2008

Chasing Rainbows




Sabtu ni buat pertama kalinya skunkfix akan bermain di singapura.
Sudah genap 8 tahun kami bersama dan genap 8 tahun juga kami 'Struggle' untuk sampai ke tahap ni.Dari gig yg keseluruhanya dalam negara hingga lah ke luar negara,
Walaupun bagi orang benda ni remeh-temeh, Bagi kami benda ni merupakan sesuatu yang indah. Benda indah yang bukan senang untuk dicapai dan yang kau idamkan hasil dari usaha dan karya kau sendiri.
Yer lah, Kami 'Struggle' lebih dari 5 tahun baru dapat main gig. Itupun dah keluar 2 demo baru lah dapat peluang main gig.

Sekarang ni pulak, Dalam 'Scene' (Yang Bagi Aku Sudah Rosak), Ramai umat yang dah ader band, Main gig pun senang, Tak payah nak rilis pun dah boleh main.
Gig pun dah bersepah, Tak perlu nak usaha teruk- teruk, Bertukus-lumus nak riliskan demo untuk memuaskan hati pendengar seperti Stick No Bill, The Liberals, Straw O, Carbon 4Teen yang amik masa yang lama untuk sampai ke tahap ni. Dah perah titik peluh bertahun-tahun, Habis duit sana sini, Baru lah orang kenal. Itupun ada orang yang sedar tak sedar wujudnya band-band ni.

Bukan nak complain, Perli atau men'condemn' manusia-manusia dalam 'Scene' ni. Tapi itu semua fakta yang korang boleh lihat dengan mata korang sendiri.
Hinggakan kami terasa nak give up dan lepaskan semua dan berhenti terus dari berkarya, Tapi untuk apa kan ?
Dah separuh jalan. 'Alang-alang peluk perkasam, Biar sampai ke hujung bulan'. Tak nak lah buang benda yang kami dah berusaha lama, Kami pun dah cukup bangga dengan tahap kami sekarang.

Tapi Secara jujurnya, Kami amat merindui generasi lepas. Generasi yang bagi kami takkan ada lagi sampai bila-bila, Generasi yang dikatakan 'It's All About Punks'.
Well, People keeps changing and is all about breaking the border. So, Why don't we !
Pecahkan sempadan-sempadan yang menjadi had kepada punkers-punkers.

And We Says Hello to Screeching Weasel, The Queers, Good Riddance, Gorilla Biscuit, No Fun At All, Watch us dude !! Pasang angan dulu, Tanpa angan takkan berjaya. Apa-apa pun, Kami akan menjanjikan yang terbaik dimana-mana jer tempat yang kami jejaki.





Singapore !!! Here We Come !!!

Biar Peluru Menembus Kulit Kami,

Kami Tetap Menendang Menerajang,
Luka Dan Bisa Kami Bawa Berlari,
Hingga Hilang Pedih Peri,
Dan Kami Akan Lebih Tidak Peduli,

Kami Mahu Terus Berjuang Dan Hidup Seribu Tahun Lagi.



P/s: Ida, Thanks For The Cupcakes. Mama Cakap Sedap. hehehe

Sunday, November 30, 2008

Intro Lah Kot.

Aku dah lama sebenarnya nak buat blog ni,
tapi disebabkan atas sifat-sifat kemalasan aku yang ultra-malas, aku pun postpone lah bendalah ni.
jadi, kesimpulannya aku sgtla baru dlm bidang blog nie.
diminta tunjuk ajar dari bloggers2 semua.


WELCOME TO THE REALITY